Gosip Artis Malaysia


SCHA DAN AWAL

Baru-baru ini ada seorang informer yang kebetulan menyambut tahun baru di Pulau Langkawi, Pulau yang terkenal di Malaysia tue. Dia mendakwa ternampak Awal dan Scha di sana. Ceritanya begini, ketika rakan informer ni sedang mencuci mata di salah sebuah kedai coklat yang terdapat di Pulau Langkawi, almaklumlah murah, dia ternampak kelibat Scha al-Yahya dan juga Awal Ashaari yang mana mereka berdua kebetulan berada dalam kedai yang sama waktu itu.

Mereka kelihatan mesra memilih coklat untuk dibawa pulang atau makan ketika pulang atau juga mungkin untuk makan bersama-sama di tepian pantai. Rakan informer yang juga kaki gossip cuba mencari jika ada rakan-rakan mereka yang lain sebelum membuat konklusi yang mereka hanya berdua — tiada. Mungkin sebagai langkah atau teknik untuk mengaburi mata orang ramai di sana, Scha di lihat keluar dari kedai coklat itu seorang diri dan di ikuti Awal Ashaari tidak lama kemudian.

Dalam Twitter Scha al-Yahya pada sehari sebelum tahun baru, beliau menghantar gambar pintu imigresen Singapura untuk sekali lagi mengaburi mata peminat. Awal Ashaari pula yang seperti sedia maklum yang Awal lambat tiba di Pulau Langkawi kerana pesawat lambat tiba di LCCT.