Selasa, 25 Januari 2011

Amat beruntung jika kita memiliki hati yang bersih. Setelah mengetahui kelebihan hati yang bersih, sepatutnya membuatkan diri kita berpikir setiap hari bagaimana mahu menjadikan hati kita bersih. Hal ini kerana, hati merupakan aset utama untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. Subhanallaah, sungguh indah dan mudahnya hidup ini bagi sesiapa yang memiliki hati yang bersih. Oleh itu, marilah kita bina matlamat untuk mendapatkannya. Setelah itu, susun strategi yang jelas dan laksanakanya.
Kali ini saya berikan beberapa strategi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidup yang indah dan bermakna dengan hati yang bersih:
1. Ilmu
Mencari ilmu tentang hati; keutamaan hati yang bersih, kesan hati yang busuk, tabiat hati, bagaimana untuk mensucikannya dan lain-lain berkaitan hati. Laman blog ini boleh dijadikan salah satu sumber untuk memahami hati. J Selain itu, kita juga boleh menghadiri majlis ilmu, membeli buku tentang hati, mendengar ceramah yang membicarakan persoalan hati dari cd, kaset, muat turun dari internet dan lain-lain. Lebih berkesan jika dapat belajar secara terus dengan orang yang sudah memahami dan mempraktikkan ilmu hati ini dalam kehidupannya. Ilmu yang disampaikan oleh orang yang sudah memahami dan mempraktikkan ilmunya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Oleh itu, carilah orang yang telah mengamalkan ilmu hati ini.
Strategi kedua dan seterusnya, pada post yang akan datang. Semoga berjumpa lagi. Wassallam.
MARILAH KITA BERSAMA BERUSAHA MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan